Saturday, 13 June 2015

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته...

Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Hari ini adalah hari yang mana bermulanya penulisan blog saya. Tapi sebelum tu, saya ingin meminta maaf kepada pembaca jika penulisan saya ni tidak memuaskan hati atau ada bahasa yang kurang sesuai saya gunakan. Saya ni sebenarnya baru nak belajar-belajar menulis blog, saja suka-suka nak kongsi sedikit sebanyak apa yang saya sedang usahakan sekarang. Walaupun belum establish sangat sekurang-kurangnya boleh menjadi sumber rujukan saya di masa akan datang.

Saya ada sebidang tanah (lebih kurang suku ekar rasanya), tidaklah besar mana, saya bercadang untuk memulakan projek penternakan ayam kampung. Sebenarnya projek ini sudah saya mulakan seminggu yang lepas. Sebelum itu saya sudah pun menyertai kursus penternakan ayam kampung di ladang latihan penternakan ayam kampung Nuralis Agro Sdn Bhd. Saya adalah salah seorang alumni mereka. Aktiviti yang berjalan minggu lepas adalah mengemas kebun. Mula-mula saya kemas seorang diri dan hanya menggunakan sabit saja. Alhamdulillah, selang dua ke tiga hari kemudian rasanya, Allah berikan pertolonganNya kepada saya. Dia hantar seorang pakcik ni (saya panggil Pak Cik Dolah) membantu saya mengemas kebun. Tapi dia tak gunakan sabit macam saya, dia guna mesin rumput. Cepat sikit kerja mengemas kebun. Hihi... Alhamdulillah.

Sesudah itu saya mula mengukur kawasan untuk dibuat pagar dan reban. Kenapa saya buat pagar? Sebabnya saya tak mahu ayam yang saya ternak pergi ke kawasan rumah jiran, dan merosakkan tanaman jiran atau makan makanan jiran (mana la tahu kan?). Takut juga saya termakan makanan-makanan yang syubahah. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghindarkannya.

Aktiviti yang sedang dijalankan sekarang ni adalah mencari kayu-kayu hutan untuk saya jadikan tiang pagar. Tinggi lebih kurang 10-12 kaki (ayam kalau terbang pun dalam 5 kaki tinggi). Teringat pengalaman bekerja di nursery pokok di Teluk Kemang, Port Dickson, bila mengangkat kayu-kayu berat bawa keluar dengan cara memikul atas bahu. Lama dah tak buat kerja berat Cepat sangat pancitnye. Lepas kerja di nursery tu saya dapat kerja di office, tu pasal badan jadi manje sikit tu. Hihihi.. Tiang yang diperlukan dalam 20 batang. Tapi baru dapat keluarkan dalam 6 batang. 14 batang lagi mahu dicari. Alhamdulillah.. dengan bantuan Allah, Pakcik Dolah suka nak tolong saya, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban saya. In Shaa Allah... Semua pun dengan kehendak Allah jua.

Akhir kata, saya berharap apa yang saya cuba sampaikan dan paparkan ini atau selepas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Saya doakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan meredhai kita dalam apa jua perkara yang baik yang kita lakukan. Wallahua'lam...


Kerja-kerja ukur dan menanda kawasan untuk penternakan ayam kampung



Ini Pakcik Dolah. Semoga Allah mempermudahkan urusan dia, aamiin...



Menanda tapak untuk reban. (15'×10')



Macamnilah kebun saya dari bahagian belakang

No comments:

Post a Comment