Monday, 15 June 2015

Anak Benih Pokok Betik

Bismillah...

Setelah dua minggu lebih menunggu akhirnya hari ini baru nampak tunas-tunas dari benih pokok betik yang telah saya semai. Saya dapatkan benih ni dari buah betik yang saya beli di pasar. Kebetulan masa tu memang terasa nak makan betik. Selain dari rasanya yang manis dan sedap, buah betik ni mempunyai banyak khasiatnya. Dia elok untuk sistem penghadamam kita, untuk kesihatan dan kecantikan kulit, kaya dengan vitamin dan macam-macam lagi. Pucuk daunnya pula boleh direbus dan dibuat ulam. Buah betik ni adalah antara buah yang saya syorkan untuk amalan diet pemakanan kita.

Kembali kepada anak benih betik yang saya semai tadi, cara saya semai tidaklah proper sangat sebabnya saya terus tabur saja benihnya di atas tanah yang saya isi dalam bekas polistrin putih. Sebelum tu tebuk lubang dulu di bawah polistrin. Tujuannya untuk lebihan air siraman keluar(sama macam fungsi pasu). Lepas ni saya akan tunggu anak pokok tinggi 3-4 inci baru saya akan pindahkan ke tanah. Cadangnya nak tanam di kawasan tepi rumah saya. In shaa Allah...


Gambar hiasan: Buah betik yang sudah masak dan sedap dimakan.



Ni gambar anak benih pokok betik, dah ada yang bercambah.
(Tak tau la pembaca boleh perasan ke tidak mana satu anak pokoknya, sebab ada jugak benih-benih rumput rumpai yang lain, cubalah teka ye?)

Sunday, 14 June 2015

Pokok Belalai Gajah


Ini pokok belalai gajah

Pokok ni banyak di kebun saya. Idea penanaman pokok ni dicetuskan oleh sahabat saya, Ahmad Hibatullah. Pokok ni dulu saya tanam dengan isteri saya. Masa tu saya beli benihnya 20 beg sahaja. Lepas tu saya pindahkan ke tanah. Lama juga saya tak jenguk kebun lepas tu, terkejut jugak tengok hasil dia macam sekarang ni. Bersemak samun jadinya. Tapi sayang nak potong sebab yang kita nak daunnya tu. Khasiatnya? Subhanallah... 

Antara khasiatnya yang saya tahu ialah ia adalah tumbuhan ciptaan Allah yang boleh mengubati penyakit kanser. Pokok ni boleh jadi salah satu alternatif untuk pesakit-pesakit kanser. Biasanya dikisar dengan epal hijau, lepas tu minum jusnya. Kalau orang yang tak ada penyakit kanser pun boleh makan dijadikan ulam. Saya selalu makan buat ulam cicah dengan budu. Memang sedap sehingga menjilat jari. Pokok ni pun tinggi anti oksidanye. Elok untuk awet muda (orang perempuan suka la bab-bab awet muda ni, hihi..) Bagi sesiapa yang menghidap penyakit 3 serangkai tu pun elok amalkan makan daun pokok ni. Yang penting sekarang ni kita usaha untuk menjaga kesihatan kita. Bila badan sihat mudah lah kita nak beramal ibadah kepada Allah dan melakukan kerja-kerja keperluan yang lain. In Shaa Allah...

Nak tanam dan biakkan dia senang je. Cuba ikut step di bawah ni:
1) Beli benihnya dahulu bagi sesiapa yang belum ada pokok ni.
2) Tanam dalam pasu atau atas tanah. (Buat batas dahulu)
3) Siram. Sekali sekala bagi baja tahi ayam atau tahi kambing (organik). Amaran, Jangan bagi baja kimia, pantang dia.
4) Agak-agak dah tinggi 3 kaki, tuai dan tinggalkan pokok asalnya dalam 1 kaki- 1 setengah kaki. Ambil daunnya dan batangnya cucuk kembali ke tanah, tanam rapat-rapat sikit, biar dia naik jadi macam pokok pagar.
5) Ulangi langkah 3 dan 4.

Rasa-rasanya mudah sahaja kan? Selamat mencuba...



Pokok Belalai Gajah yang beri baja organik

Saturday, 13 June 2015

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته...

Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Hari ini adalah hari yang mana bermulanya penulisan blog saya. Tapi sebelum tu, saya ingin meminta maaf kepada pembaca jika penulisan saya ni tidak memuaskan hati atau ada bahasa yang kurang sesuai saya gunakan. Saya ni sebenarnya baru nak belajar-belajar menulis blog, saja suka-suka nak kongsi sedikit sebanyak apa yang saya sedang usahakan sekarang. Walaupun belum establish sangat sekurang-kurangnya boleh menjadi sumber rujukan saya di masa akan datang.

Saya ada sebidang tanah (lebih kurang suku ekar rasanya), tidaklah besar mana, saya bercadang untuk memulakan projek penternakan ayam kampung. Sebenarnya projek ini sudah saya mulakan seminggu yang lepas. Sebelum itu saya sudah pun menyertai kursus penternakan ayam kampung di ladang latihan penternakan ayam kampung Nuralis Agro Sdn Bhd. Saya adalah salah seorang alumni mereka. Aktiviti yang berjalan minggu lepas adalah mengemas kebun. Mula-mula saya kemas seorang diri dan hanya menggunakan sabit saja. Alhamdulillah, selang dua ke tiga hari kemudian rasanya, Allah berikan pertolonganNya kepada saya. Dia hantar seorang pakcik ni (saya panggil Pak Cik Dolah) membantu saya mengemas kebun. Tapi dia tak gunakan sabit macam saya, dia guna mesin rumput. Cepat sikit kerja mengemas kebun. Hihi... Alhamdulillah.

Sesudah itu saya mula mengukur kawasan untuk dibuat pagar dan reban. Kenapa saya buat pagar? Sebabnya saya tak mahu ayam yang saya ternak pergi ke kawasan rumah jiran, dan merosakkan tanaman jiran atau makan makanan jiran (mana la tahu kan?). Takut juga saya termakan makanan-makanan yang syubahah. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghindarkannya.

Aktiviti yang sedang dijalankan sekarang ni adalah mencari kayu-kayu hutan untuk saya jadikan tiang pagar. Tinggi lebih kurang 10-12 kaki (ayam kalau terbang pun dalam 5 kaki tinggi). Teringat pengalaman bekerja di nursery pokok di Teluk Kemang, Port Dickson, bila mengangkat kayu-kayu berat bawa keluar dengan cara memikul atas bahu. Lama dah tak buat kerja berat Cepat sangat pancitnye. Lepas kerja di nursery tu saya dapat kerja di office, tu pasal badan jadi manje sikit tu. Hihihi.. Tiang yang diperlukan dalam 20 batang. Tapi baru dapat keluarkan dalam 6 batang. 14 batang lagi mahu dicari. Alhamdulillah.. dengan bantuan Allah, Pakcik Dolah suka nak tolong saya, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban saya. In Shaa Allah... Semua pun dengan kehendak Allah jua.

Akhir kata, saya berharap apa yang saya cuba sampaikan dan paparkan ini atau selepas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Saya doakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan meredhai kita dalam apa jua perkara yang baik yang kita lakukan. Wallahua'lam...


Kerja-kerja ukur dan menanda kawasan untuk penternakan ayam kampung



Ini Pakcik Dolah. Semoga Allah mempermudahkan urusan dia, aamiin...



Menanda tapak untuk reban. (15'×10')



Macamnilah kebun saya dari bahagian belakang